KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pendidikan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu, sekali gus ke arah sifar sekolah daif.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata hubungan baik Sabah dengan kerajaan Persekutuan diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang prihatin dengan keperluan rakyat, diyakini mampu menoktahkan masalah yang sudah lama membelenggu sektor pendidikan di negeri itu.
Exco Pendidikan Sabah itu juga berkata kerjasama bersepadu termasuk melibatkan Jabatan Pendidikan Sabah adalah amat penting bagi memastikan peruntukan penyelenggaraan dan penggantian bangunan sekolah-sekolah daif dapat terus diberi keutamaan di Sabah sama ada melalui pelan jangka pendek atau panjang.
"Saya yakin kita dapat mempercepat keperluan prasarana diperlukan dalam pembangunan pendidikan Sabah, lebih-lebih lagi Jabatan Pendidikan Sabah telah mengambil inisiatif termasuk membuat hala tuju pendidikan negeri dengan satu daripada fokus memantau serta melaksanakan prasarana sekolah untuk pelajar di negeri ini.
"Fokus kita sekarang ini untuk menentukan projek yang sedang berjalan tidak tergendala dan boleh disiapkan dengan cepat mengikut sasaran atau tempoh ditetapkan agar pembangunannya boleh dinikmati setiap pelajar di negeri ini," katanya kepada Bernama.
Mohd Arifin sekali lagi menegaskan kerajaan Sabah sentiasa memperjuangkan isu-isu melibatkan usaha menaik taraf kemudahan sekolah di negeri itu seiring komitmen Perjanjian Malaysia 1963 bagi memastikan setiap aspirasi disuarakan mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan Persekutuan.
Selain itu, jawatankuasa khas pembangunan Sabah turut ditubuhkan antara lain berperanan memastikan kemajuan kerja-kerja pembangunan, penyelenggaraan, naik taraf termasuk membabitkan sekolah daif disediakan kerajaan Persekutuan berjalan mengikut jadual ditetapkan, katanya.
Dalam usaha ke arah sifar sekolah daif di Sabah, Mohd Arifin berkata pelan jangka pendek digariskan antara lain melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan sekolah skala empat, lima dan enam berdasarkan peruntukan dasar sedia ada setiap tahun untuk memastikan keadaan daif tidak menjadi lebih teruk, malah dapat memanjangkan tempoh hayat bangunan.
Pelan jangka masa panjang pula katanya, memastikan semua sekolah daif dalam skala tujuh diganti dengan bangunan baharu.
Justeru, Mohd Arifin berkata kerajaan Persektuan diharap dapat meluluskan semua permohonan projek dikemukakan bagi memastikan Sabah tidak ada lagi bangunan sekolah daif menjelang 2029 kelak.
"Infrastruktur sekolah yang daif menyebabkan pelajar tidak dapat menikmati pembelajaran dengan sempurna dan selesa. Oleh itu, kita berdepan cabaran untuk merapatkan jurang antara pengetahuan, kemahiran berbanding dengan keperluan industri.
"Jurang ini juga telah mewujudkan ketidakpadanan antara penawaran dan permintaan dalam pasaran pekerjaan," katanya sambil menambah, aspek pembangunan modal insan yang menjadi antara inti pati penting dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya sememangnya merangkumi usaha menaik taraf infrastruktur termasuk sekolah.
Kesungguhan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam memastikan isu pendidikan di Sabah termasuk mempertingkatkan kualiti pendidikan demi manfaat negeri itu dapat dilihat apabila sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di negeri itu sehingga kini.
Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam lawatan kerjanya ke Sabah pada 18 April lepas, selain menjelaskan sebanyak 60 projek pula sedang dalam proses pembinaan dan dijangka selesai tidak lama lagi, manakala baki 60 projek lagi dalam peringkat prabina.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 29 2024
Mohd Arifin berkata hubungan baik Sabah dengan kerajaan Persekutuan diyakini mampu menoktahkan masalah yang lama membelenggu sektor pendidikan di negeri itu. - Gambar fail
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
Malaysia, Uzbekistan boleh jalin perkongsian strategik bidang berkaitan kepentingan umat Islam
Kedua-dua negara majoriti Islam itu boleh bekerjasama sebagai pasukan yang kuat dalam pelbagai bidang yang mempunyai minat khusus umat Islam.
Kes COVID-19 Singapura naik hampir dua kali ganda
Untuk melindungi kapasiti katil hospital dan sebagai langkah berjaga-jaga, hospital awam diminta mengurangkan kes pembedahan elektif yang tidak mendesak dan memindahkan pesakit yang sesuai ke kemudahan penjagaan seperti Kemudahan Penjagaan Peralihan atau di rumah melalui Mobile Inpatient Care@Home.
Faisal Halim tunjukkan kesembuhan positif - Adam Adli
Pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim, kini menunjukkan tanda-tanda kesembuhan yang positif.
APEC harus tetapkan gaji minimum - MITI
Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) harus secara kolektif mewujudkan penetapan gaji standard untuk mencegah kadar gaji tidak sesuai yang memberi kesan kepada golongan wanita.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Kestabilan politik bawa pembangunan dan kemajuan di Sarawak - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kestabilan politik telah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sarawak.
AWANI Ringkas: Faisal Halim tunjuk perkembangan positif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerjasama Malaysia-Uzbekistan tawar potensi amat besar - PM Anwar
Kerjasama antara Malaysia dan Uzbekistan menawarkan potensi amat besar yang boleh mentransformasikan dan memodenkan pembangunan ekonomi kedua-dua negara serta menarik pelaburan, kata Perdana Menteri D
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Sabah pandang serius kes keganasan babitkan pelajar sekolah
Kerajaan Negeri Sabah memandang serius kes keganasan membabitkan seorang pelajar lelaki yang ditemukan maut di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu.
Sabah kutip hasil RM6.973 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Kerajaan negeri Sabah merekodkan hasil kutipan negeri berjumlah RM6.973 bilion pada tahun lepas.
[KOLUMNIS] Autoriti kawal selia elektrik kembali ke Sabah
Hari ini DUN akan mengadakan sidang khas bagi membahaskan keputusan menyerahkan kembali kuasa selia sektor bekalan elektrik kepada kerajaan negeri Sabah.
Plat kenderaan 'isteri PM' bukan permintaan Wan Azizah
Sudah menjadi amalan kerajaan negeri Sabah menyediakan kenderaan itu kepada tetamu VIP semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi.
Pentadbiran Hajiji lengkap hari ini
23 individu mengangkat sumpah jawatan di hadapan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin, termasuk Speaker DUN Datuk Kadzim M Yahya.
Tubuh RCI dedah isu kad pengenalan - UPKO
RCI perlu ditubuhkan untuk sahkan pendedahan yang dibuat bekas tahanan ISA, Jabar Khan Napi.
Kerajaan negeri Sabah baharu perlu wujudkan platform e-dagang
Naib Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Berjaya Malaysia (GMB) Idzrul Azraai Mohd. Idrus berkata ia bagi membangunkan ekonomi negeri selain menjana pendapatan usahawan di situ.
Sabah perluas sekatan perjalanan penumpang dari Korea Selatan mulai 1 Mac
Perintah sekatan sementara untuk memasuki Sabah juga terpakai kepada semua penumpang transit dari atau melalui Korea Selatan.
Koronavirus: Sabah teliti keperluan bekalkan alat pencegahan kepada petugas di pintu masuk negeri
Wujud keperluan mengagihkan peralatan pencegahan seperti penutup hidung dan mulut, sarung tangan dan pencuci tangan (hand sanitizer) kepada petugas terlibat bagi mencegah jangkitan virus itu.